Tuesday 10 September 2019

SESI PITCHING TeCC BAGI PEROLEHAN TAHUN 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), sedang menguruskan perolehan peralatan bagi 3 jenis ruang pembelajaran TeCC kepada politeknik yang telah berjaya bagi Sesi Pitching 2018. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepada semua Politeknik yang terlibat seperti di Jadual 1.
Untuk makluman, bagi perolehan tahun 2020 JPPKK sekali lagi menawarkan perbekalan peralatan ruang pembelajaran TeCC kepada semua Politeknik Malaysia.

Politeknik yang berminat untuk memohon peralatan ruang pembelajaran TeCC, boleh berbuat demikian merujuk kepada ketetapan berikut:




2. Politeknik perlu mengemukakan permohonan melalui sistem permohonan dalam talian.

3. Proses pemilihan Politeknik yang berjaya adalah mengikut ‘pitching process’ 
termasuklah penilaian maklumat yang dikemukakan dalam sistem permohonan dalam talian, sesi temuduga dan peruntukan kewangan yang diperolehi BIPD pada tahun 2020.

4. Jenis TeCC yang ditawarkan: 2.0, 3.0 dan 4.0

5. Tarikh mula permohonan: 17.9.2019 (Selasa)

6. Tarikh tutup permohonan: 18.10.2019 (Jumaat)

7. Keputusan politeknik yang berjaya tersenarai untuk sesi temuduga akan dimaklumkan 
secara rasmi melalui laman web ini. 

Sekian, terima kasih
bp: Ghanim BIPD

No comments:

Post a Comment