Tuesday 10 September 2019

SESI PITCHING TeCC BAGI PEROLEHAN TAHUN 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), sedang menguruskan perolehan peralatan bagi 3 jenis ruang pembelajaran TeCC kepada politeknik yang telah berjaya bagi Sesi Pitching 2018. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepada semua Politeknik yang terlibat seperti di Jadual 1.
Untuk makluman, bagi perolehan tahun 2020 JPPKK sekali lagi menawarkan perbekalan peralatan ruang pembelajaran TeCC kepada semua Politeknik Malaysia.

Politeknik yang berminat untuk memohon peralatan ruang pembelajaran TeCC, boleh berbuat demikian merujuk kepada ketetapan berikut:




2. Politeknik perlu mengemukakan permohonan melalui sistem permohonan dalam talian.

3. Proses pemilihan Politeknik yang berjaya adalah mengikut ‘pitching process’ 
termasuklah penilaian maklumat yang dikemukakan dalam sistem permohonan dalam talian, sesi temuduga dan peruntukan kewangan yang diperolehi BIPD pada tahun 2020.

4. Jenis TeCC yang ditawarkan: 2.0, 3.0 dan 4.0

5. Tarikh mula permohonan: 17.9.2019 (Selasa)

6. Tarikh tutup permohonan: 18.10.2019 (Jumaat)

7. Keputusan politeknik yang berjaya tersenarai untuk sesi temuduga akan dimaklumkan 
secara rasmi melalui laman web ini. 

Sekian, terima kasih
bp: Ghanim BIPD

Friday 5 April 2019

KPI 2019 (KPI 17 & KPI 18) - PeL dan MARO


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dikongsikan bersama adalah lampiran slaid semasa Taklimat Penyelarasan KPI 2019 (kepada semua Penyelaras KPI Politeknikoleh Bahagian Instruksional & Pembelajaran Digital untuk rujukan semua Pegawai ePembelajaran Politeknik (PeL) dan Pegawai MARO. 



Secara ringkasnya , KPI 17 dan KPI 18 adalah dibawah tanggungjawab PeL dan MARO.


Utk makluman, pengisian pelaporan bagi KPI 2019 ini adalah melalui pautan berikut;

 KPI 17 & KPI 18

Moga sasaran bagi KPI yang telah ditetapkan ini dapat dicapai oleh semua politeknik.

Jika ada sebarang pertanyaan / persoalan bolehlah merujuk kepada Pemilik Proses di BIPD iaitu PnNurul atau EnGhanim. Selamat Maju Jaya!

Sekian, terima kasih :) 

Friday 15 February 2019

Slaid Mesyuarat Inisiatif Pembelajaran Digital - 13 Februari 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan slaid semasa mesyuarat yang telah dilaksanakan di JPPKK pada 13 Februari 2019. 




Sekian, terima kasih.


Thursday 3 January 2019

edited - eDOLA 2019

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Berikut dilampirkan ringkasan bagi pertandingan eDOLA 2019. 


Untuk makluman semua, bagi tahun 2019 ini diputuskan hanya 5 pertandingan yang akan dipertandingkan. 

Sekian terima kasih.