Tuesday 29 November 2016


MAKLUMBALAS - MOOC ENGLISH FOR TVET : PRODUCT DESCRIPTION



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, merujuk kepada surat “PenggunaanSijil Massive Open Online Course(MOOC) di dalam Pemarkahan Kursus DUE3012 CommunicativeEnglish 2 Fasa 2” bertarikh 15 April 2016, MOOC English for TVET: Product Description perlu dilaksanakan oleh semua Politeknik Malaysia.

Berikut merupakan beberapa persoalan dan jawapan berkaitan pelaksanaan MOOC English for TVET: Product Description yang dikemukakan dalam group watsapp MOOC Product Description bertarikh 23 – 25 November 2016.

BIL.
SOALAN
JAWAPAN

1

Bagaimana surat “Struktur Organisasi Massive Open Online Course (MOOC) Peringkat Politeknik” bertarikh 7 November 2016 dapat menerangkan struktur MOOC English for TVET: Product Description? Adakah pensyarah kursus perlu melaksanakan MOOC tersebut bagi kelas masing-masing?


Merujuk kepada struktur organisasi MOOC di dalam surat tersebut, struktur MOOC English for TVET: Product Description diperincikan seperti berikut:

PERANAN
TUGAS
DAHULU
KINI
MOOC WEBMASTER
CONTENT CREATOR
Perincian tugas seperti di dalam surat.
MOOC EDUCATOR
MOOC LEADER
TIDAK WUJUD
MOOC CLASS TEACHER
TEACHER

Ketua Kursus bertanggungjawab melantik seorang wakil Teacher bagi tujuan penyampaian maklumat terkini berkaitan kursus tersebut kepada Content Creator dan Teacher. (Penyelarasan Teacher yang mengajar dll)

Pensyarah kursus (Teacher) DUE3012 - Communicative English 2 adalah bertanggungjawab melaksanakan MOOC English for TVET: Product Description bagi kelas masing-masing.

Pada semester Disember 2016, MOOC Leader sedia ada dimohon membantu pensyarah kursus dalam melaksanakan MOOC bagi memastikan semua pensyarah bersedia melaksanakannya sendiri pada semester Jun 2017. 

2

Surat lantikan / Sijil / Surat Penghargaan bagi MOOC Leader / Content Developer belum terima.


Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) akan mengeluarkan surat lantikan kepada MOOC Leader / Content Developer yang terlibat.




3

Adakah pensyarah yang mengajar DUE3012 mempunyai pilihan untuk tidak hadir ke kelas dua (2) minggu?



Waktu mengajar secara bersemuka bagi Topik 1: Products and Services boleh diganti dengan MOOC English for TVET: Product Description yang dilaksanakan secara online. Walaubagaimanapun, perkara-perkara seperti didalam surat perlulah dipatuhi.


4

Bila MOOC untuk kursus DUE1012 dan DUE5012 akan dilaksanakan?


MOOC bagi satu topik dalam Kursus DUE1012 dan DUE5012 telah dibangunkan oleh PIS dan PUO bagi memenuhi pencapaian KPI 2016 dan sekaligus menyertai pertandingan MOOCMASTER Competition 2017.

Pada sesi pengajian Disember 2016, MOOC tersebut akan dilaksanakan secara pilot test pada politeknik tersebut sahaja dan sebagai kriteria penilaian bagi pertandingan MOOCMASTER Competition 2017.

Kedua-dua MOOC tersebut dijangka akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua Politeknik Malaysia pada sesi pengajian Jun 2017.

* Jawapan adalah merujuk kepada kursus DUE1012 dan DUE5012 sahaja.


Penerangan ini diharap dapat menjawab persoalan yang dikemukakan.


Sekian, terima kasih.

Monday 21 November 2016


DOKUMEN PeLARAS, PEMANTAUAN PLATFORM BLENDED LEARNING CIDOS 2016 & SLAID RINGKASAN PERTANDINGAN eDOLA 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan dokumen pengiraan markah bagi POLITEKNIK eLearning Rangking Status (PeLARAS), Pemantauan Platform Blended Learning CIDOS bagi tahun 2016 dan Slaid Ringkasan Pertandingan eDOLA 2017.

Klik pada pautan google drive Pegawai ePembelajaran Politeknik (PeL) berikut untuk melihat maklumat yang disediakan:



POLITEKNIK eLearning Rangking Status (PeLARAS)

Pemantauan Platform Blended Learning CIDOS


Slaid Ringkasan Pertandingan eDOLA 2017


Sekian, terima kasih.

Thursday 13 October 2016


PEMAKLUMAN DAN HEBAHAN PENYELIDIKAN, SERTA PEMBANGUNAN POLISI OPEN EDUCATIONAL RESOURCES (OER) PERINGKAT NSIONAL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memeterai perjanjian pembangunan polisi Open Educational Resources (OER) peringkat nasional bersama pihak Commonwealth of Learning (COL). Polisi ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan implementasi teknologi secara efektif dalam pendidikan tinggi. 

Sebagai asas kepada pembangunan polisi ini, satu soal selidik bertajuk Investigating Students Access to Educational Resources akan dijalankan oleh pihak Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN) USIM selaku pemegang geran penyelidikan tersebut. 

Objektif soal selidik ini adalah untuk mengenalpasti hubung kait antara kaedah pengajaran serta akses kepada buku teks dengan pengaplikasian OER di institusi pendidikan di Malaysia. Selain itu juga, penyelidikan ini akan melihat kepada tahap kesedaran dan pembudayaan OER di kalangan warga pendididkan tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak USIM amat berbesar hati menjemput warga institusi pendidikan seluruh negara untuk memberikan input kepada penyelidikan ini melalui alamat seperti di bawah selewat-lewatnya pada 4 November 2016 (Jumaat).



Diharap pihak YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Dato` Seri / Datuk / Dato` / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan, dapat memberi perhatian sewajarnya kepada makluman ini, sekaligus dapat menghebahkan kepada warga institusi masing-masing.

Kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PROFESOR DATO` DR. MUSA AHMAD
Naib Canselor 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sunday 10 April 2016




INDIVIDUAL POLYTECHNIC SCORE CARD (BLX) BAGI SESI PnP DIS 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dis 2015, pencapaian Key Performance Index (KPI) Blended Learning di dalam CIDOS amat membanggakan. Setakat 10/4/16 kesemua politeknik (kecuali Politeknik Besut dan Politeknik Tun Syed Nasir) telah mencapai KPI 70% seperti yang telah ditetapkan.

Syabas dan Tahniah kepada semua Politeknik!


Tuesday 23 February 2016

MAKLUMAN KAEDAH CAPAIAN eNOTES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, platform bagi enotes telah diwujudkan dalam portal CIDOS.
Pihak BIPD telah memuatnaik sebanyak 228 enotes didalam platform tersebut.  Untuk mancapai enotes tersebut, tuan/puan boleh melihat antaramuka yang akan dipaparkan dalam portal seperti di bawah:
  Sekian terima kasih.

Sunday 14 February 2016


 SEMAKAN PLATFORM KPI BLENDED LEARNING SECARA ATAS TALIAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dis 2015, pencapaian Key Performance Index (KPI) Blended Learning di dalam CIDOS bagi setiap politeknik adalah amat memuaskan. Bilangan platform yang mencapai tahap Blended Learning semakin meningkat (dengan merujuk kepada laporan BLX di dalam CIDOS).

Laporan BLX setakat 14/2/16



Oleh yang demikian, Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) akan melaksanakan satu proses semakan terhadap mana-mana platform yang telah dibangunkan di dalam CIDOS.
Proses semakan ini adalah penting bagi memastikan ketepatan maklumat (spt nota, video, LO, kuiz dll) yang dimasukkan ke dalam platform CIDOS adalah seperti yang didaftarkan di dalam borang BLDT dan BLFR. 

Berikut adalah senarai Keperluan Pensyarah Bagi Proses Semakan Platform di dalam CIDOS

  1.  Sekurang-kurangnya 1 (SATU) platform dibangunkan bagi setiap pensyarah di dalam CIDOS.
  2. Borang Blended Learning Distribution Table (BLDT) dan Blended Learning Fulfillment Record (BLFR) dilengkapkan mengikut perancangan pensyarah bagi kursus yang akan dilaksanakan secara Blended Learning (borang boleh dimuat turun daripada laman web celtpoliteknik.org atau rujuk Pegawai e-Pembelajaran Politeknik masing-masing).
  3. Borang BLDT dan BLFR dimuatnaik ke dalam platform yang berkenaan.
  4. Bahan-bahan P&P (seperti nota, kuiz, LO, video dll) yang telah didaftarkan seperti perancangan di dalam borang BLDT dan BLFR dimuat naik ke dalam platform berkenaan.
  5. Pelajar (sekurang-kurangnya 10 org) di daftarkan di dalam platform yang berkenaan.
  6. Terdapat interaksi di antara pelajar dan pensyarah di dalam platform berkenaan (interaksi termasuk pelajar menjawab kuiz, muat turun nota, forum dll). Jumlah interaksi tidak ditetapkan bagi proses semakan ini. Namun, bagi mencapai platform Blended Leaning, jumlah interaksi mestilah sekurang-kurangnya mengikut formula berikut:
                                         Jumlah interaksi = (jumlah pelajar di dalam platform) x 15


Proses semakan platform tersebut akan dilaksanakan secara atas talian bermula 1 Mei 2016. Proses semakan tersebut melibatkan program pengajian Diploma dan hanya akan dilakukan pada 1 (SATU) platform bagi setiap program yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon untuk melengkapkan borang maklumat yang disediakan pada pautan di halaman utama Portal CIDOS. 

Berikut adalah carta alir bagi capaian borang maklumat tersebut


Sekian, terima kasih.