Tuesday, 23 February 2016

MAKLUMAN KAEDAH CAPAIAN eNOTES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, platform bagi enotes telah diwujudkan dalam portal CIDOS.
Pihak BIPD telah memuatnaik sebanyak 228 enotes didalam platform tersebut.  Untuk mancapai enotes tersebut, tuan/puan boleh melihat antaramuka yang akan dipaparkan dalam portal seperti di bawah:
  Sekian terima kasih.

Sunday, 14 February 2016


 SEMAKAN PLATFORM KPI BLENDED LEARNING SECARA ATAS TALIAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dis 2015, pencapaian Key Performance Index (KPI) Blended Learning di dalam CIDOS bagi setiap politeknik adalah amat memuaskan. Bilangan platform yang mencapai tahap Blended Learning semakin meningkat (dengan merujuk kepada laporan BLX di dalam CIDOS).

Laporan BLX setakat 14/2/16



Oleh yang demikian, Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) akan melaksanakan satu proses semakan terhadap mana-mana platform yang telah dibangunkan di dalam CIDOS.
Proses semakan ini adalah penting bagi memastikan ketepatan maklumat (spt nota, video, LO, kuiz dll) yang dimasukkan ke dalam platform CIDOS adalah seperti yang didaftarkan di dalam borang BLDT dan BLFR. 

Berikut adalah senarai Keperluan Pensyarah Bagi Proses Semakan Platform di dalam CIDOS

  1.  Sekurang-kurangnya 1 (SATU) platform dibangunkan bagi setiap pensyarah di dalam CIDOS.
  2. Borang Blended Learning Distribution Table (BLDT) dan Blended Learning Fulfillment Record (BLFR) dilengkapkan mengikut perancangan pensyarah bagi kursus yang akan dilaksanakan secara Blended Learning (borang boleh dimuat turun daripada laman web celtpoliteknik.org atau rujuk Pegawai e-Pembelajaran Politeknik masing-masing).
  3. Borang BLDT dan BLFR dimuatnaik ke dalam platform yang berkenaan.
  4. Bahan-bahan P&P (seperti nota, kuiz, LO, video dll) yang telah didaftarkan seperti perancangan di dalam borang BLDT dan BLFR dimuat naik ke dalam platform berkenaan.
  5. Pelajar (sekurang-kurangnya 10 org) di daftarkan di dalam platform yang berkenaan.
  6. Terdapat interaksi di antara pelajar dan pensyarah di dalam platform berkenaan (interaksi termasuk pelajar menjawab kuiz, muat turun nota, forum dll). Jumlah interaksi tidak ditetapkan bagi proses semakan ini. Namun, bagi mencapai platform Blended Leaning, jumlah interaksi mestilah sekurang-kurangnya mengikut formula berikut:
                                         Jumlah interaksi = (jumlah pelajar di dalam platform) x 15


Proses semakan platform tersebut akan dilaksanakan secara atas talian bermula 1 Mei 2016. Proses semakan tersebut melibatkan program pengajian Diploma dan hanya akan dilakukan pada 1 (SATU) platform bagi setiap program yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon untuk melengkapkan borang maklumat yang disediakan pada pautan di halaman utama Portal CIDOS. 

Berikut adalah carta alir bagi capaian borang maklumat tersebut


Sekian, terima kasih.