Thursday 13 October 2016


PEMAKLUMAN DAN HEBAHAN PENYELIDIKAN, SERTA PEMBANGUNAN POLISI OPEN EDUCATIONAL RESOURCES (OER) PERINGKAT NSIONAL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memeterai perjanjian pembangunan polisi Open Educational Resources (OER) peringkat nasional bersama pihak Commonwealth of Learning (COL). Polisi ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan implementasi teknologi secara efektif dalam pendidikan tinggi. 

Sebagai asas kepada pembangunan polisi ini, satu soal selidik bertajuk Investigating Students Access to Educational Resources akan dijalankan oleh pihak Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN) USIM selaku pemegang geran penyelidikan tersebut. 

Objektif soal selidik ini adalah untuk mengenalpasti hubung kait antara kaedah pengajaran serta akses kepada buku teks dengan pengaplikasian OER di institusi pendidikan di Malaysia. Selain itu juga, penyelidikan ini akan melihat kepada tahap kesedaran dan pembudayaan OER di kalangan warga pendididkan tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak USIM amat berbesar hati menjemput warga institusi pendidikan seluruh negara untuk memberikan input kepada penyelidikan ini melalui alamat seperti di bawah selewat-lewatnya pada 4 November 2016 (Jumaat).



Diharap pihak YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Dato` Seri / Datuk / Dato` / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan, dapat memberi perhatian sewajarnya kepada makluman ini, sekaligus dapat menghebahkan kepada warga institusi masing-masing.

Kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PROFESOR DATO` DR. MUSA AHMAD
Naib Canselor 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

No comments:

Post a Comment