Tuesday 3 November 2015

" REUSE YOUR LMS PLATFORM "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, laporan Blended Learning Index (BLX) akan ditetapkan semula di dalam CIDOS yang akan memaparkan BLX 0 bagi semua Politeknik bermula pada 15 November 2015. Jumlah pelajar dan jumlah aktiviti pelajar yang telah enrol di dalam LMS akan ditetapkan semula sebagai 0. Namun demikian, kandungan nota, video, forum dan lain-lain bahan P&P yang telah dimuatnaik ke dalam platform LMS tersebut tidak akan terpadam dan akan kekal seperti yang telah dimuatnaik oleh pensyarah.

Kini, pensyarah boleh menggunapakai semula platform LMS yang telah dibangunkan di dalam CIDOS pada semester-semester yang akan datang (bagi kursus yang sama). Pengiraan bagi laporan Blended Learning Index (BLX) akan dikira dengan hanya mengambil jumlah pelajar baru yang enrol di dalam platform tersebut sahaja. 


Maklumat seperti kuiz, assignment dan gred pelajar lama tidak akan hilang di dalam platform sedia ada. Ini membolehkan pensyarah menyimpan rekod tersebut untuk rujukan pada masa yang akan datang. Pensyarah juga boleh membuat "grouping" di dalam LMS bagi memudahkan pengurusan di dalam sesebuah LMS - mohon rujuk ADMIN CIDOS masing-masing untuk mempelajari teknik membuat grouping.

Penggunaan semula (reuse) platform ini adalah penting untuk memastikan kapasiti ruang penyimpanan data adalah di tahap yang optimum.Walaubagaimanapun, bagi pensyarah yang akan mengajar kursus berbeza pada semester hadapan, platform LMS baharu boleh diwujudkan sesuai dengan kaedah P&P masing-masing.

Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment