Thursday, 3 January 2019
Wednesday, 28 November 2018
PEMENANG PERTANDINGAN eDOLA 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahniah kepada semua Politeknik kerana menjayakan pertandingan CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA) bagi tahun 2018 yang telah dilaksanakan di BORA OMBAK, Putrajaya.
Berikut, disertakan butiran pemenang keseluruhan bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan.
Diharap pertandingan eDOLA pada tahun mendatang akan terus bersinar dengan usaha yang tidak berbelah bahagi daripada tuan/puan Pegawai e-Pembelajaran Politeknik dan Kolej Komuniti semua.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, 16 October 2018
ABAD 21:
TREND PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
Buku Abad
21: Trend Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Politeknik dan Kolej Komuniti
Malaysia ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara yang
berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang boleh diaplikasikan di
dalam bilik kuliah. Bagi mencapai aspirasi pendidikan tinggi negara untuk
membangunkan insan yang mempunyai kemahiran abad 21, seseorang
pensyarah/pengajar perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan
tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi/androgogi (pembelajaran
dan pengajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni
bagi tujuan pembentukan insan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan
seimbang. Perkembangan pesat yang berlaku masa kini membawa bersamanya
perubahan-perubahan dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik praktis
bilik kuliah. Justeru, buku ini ditulis supaya ianya lebih berfokuskan kepada
aspek penyampaian pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad 21.
TREND PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
Siti Noridah Ali
Nur Liyana Khalid Khan
Ahmad Taufiq Wafi Abd Ghani
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik
Nur Liyana Khalid Khan
Ahmad Taufiq Wafi Abd Ghani
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik
Wednesday, 18 July 2018
Pendaftaran & Penghantaran Bahan Pertandingan Fasa 2 - eDOLA2018
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Untuk makluman, sesi pendaftaran dan penghantaran bahan eDOLA Fasa 2 bermula pada 30hb Julai (sistem telah beroperasi bagi pendaftaran secara berperingkat) dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12hb Ogos 2018 dilaman sesawang http://edola.cidos.edu.my/ .
Pertandingan yang terlibat bagi penghantaran bahan Fasa 2 adalah seperti berikut :
i) The TVET eCOnvergence
ii) eMicro Content Competiton
iii) PoliTV Competition
iv) TeCC!nnovators
iv) TeCC!nnovators
Sekian Terima Kasih
Tuesday, 17 July 2018
eDOLA2018 : I AM TVET - Digital Photography Competition
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berikut dilampirkan slaid dokumen pertandingan baharu yang dipertandingkan khas untuk warga Kolej Komuniti dan Politeknik Malaysia.
Pertandingan ini diadakan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai maksud dan peranan TVET (Technical Vocational Education Training) dalam pembangunan negara.
Setiap penyertaan adalah di WAJIBkan untuk mengisi BORANG PENDAFTARAN secara atas talian di pautan http://bit.do/iamtvet2018 .
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 27 Ogos 2018.
Sebarang pertanyaan adalah melalui email :
gentvetphotography@gmail.com
Sekian, terima kasih.
Tuesday, 10 July 2018
Slaid Kursus Audit LMS di PMM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berikut dilampirkan slaid pembentangan dan garis panduan pemarkahan audit LMS bagi kursus Audit LMS yang telah dilaksanakan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) pada 9 Julai 2018.
Berikut dilampirkan slaid pembentangan dan garis panduan pemarkahan audit LMS bagi kursus Audit LMS yang telah dilaksanakan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) pada 9 Julai 2018.
Sekian, terima kasih
Sunday, 15 April 2018
eDOLA 2018 Registration
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , dilampirkan Carta Alir bagi Pendaftaran eDOLA2018 untuk rujukan semua.
Untuk makluman, tarikh pendaftaran dan penghantaran bahan-bahan pertandingan Fasa 1 mula dibuka pada 15 APRIL 2018 di edola.cidos.edu.my sehingga 31 MEI 2018.
All the best semua!
Sekian , terima kasih :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




