Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berikut dilampirkan dokumen/slaid ringkasan pertandingan eDOLA 2017 yang dikongsikan semasa Program Jerayawara Pembelajaran Digital untuk semua zon.
BIL.
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
|||||||||||||
1
|
Bagaimana surat “Struktur Organisasi Massive Open Online Course (MOOC) Peringkat Politeknik” bertarikh 7 November 2016 dapat menerangkan struktur MOOC English for TVET: Product Description? Adakah pensyarah kursus perlu melaksanakan MOOC tersebut bagi kelas masing-masing?
|
Merujuk kepada struktur organisasi MOOC di dalam surat tersebut, struktur MOOC English for TVET: Product Description diperincikan seperti berikut:
Ketua Kursus bertanggungjawab melantik seorang wakil Teacher bagi tujuan penyampaian maklumat terkini berkaitan kursus tersebut kepada Content Creator dan Teacher. (Penyelarasan Teacher yang mengajar dll)
Pensyarah kursus (Teacher) DUE3012 - Communicative English 2 adalah bertanggungjawab melaksanakan MOOC English for TVET: Product Description bagi kelas masing-masing.
Pada semester Disember 2016, MOOC Leader sedia ada dimohon membantu pensyarah kursus dalam melaksanakan MOOC bagi memastikan semua pensyarah bersedia melaksanakannya sendiri pada semester Jun 2017.
|
|||||||||||||
2
|
Surat lantikan / Sijil / Surat Penghargaan bagi MOOC Leader / Content Developer belum terima.
|
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) akan mengeluarkan surat lantikan kepada MOOC Leader / Content Developer yang terlibat.
|
|||||||||||||
3
|
Adakah pensyarah yang mengajar DUE3012 mempunyai pilihan untuk tidak hadir ke kelas dua (2) minggu?
|
Surat “Penggantian Waktu Mengajar Secara Bersemuka Bagi Pensyarah Yang Menggunapakai Pendekataan Blended Learning” bertarikh 7 November 2016 adalah dirujuk.
Waktu mengajar secara bersemuka bagi Topik 1: Products and Services boleh diganti dengan MOOC English for TVET: Product Description yang dilaksanakan secara online. Walaubagaimanapun, perkara-perkara seperti didalam surat perlulah dipatuhi.
|
|||||||||||||
4
|
Bila MOOC untuk kursus DUE1012 dan DUE5012 akan dilaksanakan?
|
MOOC bagi satu topik dalam Kursus DUE1012 dan DUE5012 telah dibangunkan oleh PIS dan PUO bagi memenuhi pencapaian KPI 2016 dan sekaligus menyertai pertandingan MOOCMASTER Competition 2017.
Pada sesi pengajian Disember 2016, MOOC tersebut akan dilaksanakan secara pilot test pada politeknik tersebut sahaja dan sebagai kriteria penilaian bagi pertandingan MOOCMASTER Competition 2017.
Kedua-dua MOOC tersebut dijangka akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua Politeknik Malaysia pada sesi pengajian Jun 2017.
* Jawapan adalah merujuk kepada kursus DUE1012 dan DUE5012 sahaja.
|
|||||||||||||
![]() |