Tuesday, 10 July 2018

Slaid Kursus Audit LMS di PMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan slaid pembentangan dan garis panduan pemarkahan audit LMS bagi kursus Audit LMS yang telah dilaksanakan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) pada 9 Julai 2018.








Sekian, terima kasih

Sunday, 15 April 2018

eDOLA 2018 Registration

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , dilampirkan Carta Alir bagi Pendaftaran eDOLA2018  untuk rujukan semua.

Untuk makluman, tarikh pendaftaran dan penghantaran bahan-bahan pertandingan Fasa 1 mula dibuka pada 15 APRIL 2018 di edola.cidos.edu.my sehingga 31 MEI 2018. 
All the best semua!


Sekian , terima kasih :)

Thursday, 12 April 2018

Tarikh-Tarikh Penting eDOLA2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , dilampirkan infografik berkaitan tarikh-tarikh penting bagi pertandingan eDOLA2018 untuk rujukan semua.
Untuk makluman, tarikh pendaftaran dan penghantaran bahan-bahan pertandingan Fasa 1 mula dibuka pada 15 APRIL 2018 di edola.cidos.edu.my sehingga 31 MEI 2018. All the best semua!

Sekian, terima kasih

Sunday, 25 March 2018

Pendaftaran & Penghantaran Bahan Pertandingan Fasa 1 - eDOLA2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, sesi pendaftaran dan penghantaran bahan eDOLA Fasa 1 akan bermula pada 15hb hingga 31hb Mei 2018 dilaman sesawang http://edola.cidos.edu.my/ . 
Pertandingan yang terlibat bagi penghantaran bahan Fasa 1 adalah seperti berikut : 

i) TVET Tunes
ii) Xperimental VR
iii) MOOC Master Competition

Dilampirkan juga rubrik pemarkahan untuk rujukan semua seperti di link berikut :


Sekian Terima Kasih

Thursday, 8 March 2018

Pitching Session for TeCC Room 2018.

Congratulations and Syabas to 8 Polytechnics that has been selected for Pitching Session. The selected Polytechnics are:

  1. PUO
  2. PSA
  3. POLISAS
  4. PMM
  5. PTSS
  6. PSP
  7. PSAS
  8. PIS


Pitching Session will be held at Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Putrajaya on 14 March 2018 (Wednesday) start from 9.00 am until 5.00 pm (depending on the progress). 

All the best to all the candidates.




Tuesday, 13 February 2018

Pembangunan MOOC 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pihak BIPD telah mengeluarkan satu Garis Panduan Pembangunan MOOC untuk Politeknik Malaysia 2018 sebagai rujukan semua pihak yang terlibat. Surat makluman berkaitan Garis Panduan ini telah dikeluarkan oleh BIPD beserta dengan borang cadangan kursus MOOC yang akan dibangunkan untuk tahun 2018. 


Sekian, Terima Kasih


Monday, 12 February 2018

KPI POLYPMO 2018 – PeL dan MARO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, Bahagian Dasar telah mengeluarkan Kamus KPI 2018 dan telah memberi penerangan berkaitan kesemua KPI tersebut kepada Peg. PMO semua politeknik. KPI yang melibatkan PeL adalah seperti berikut:

1) KPI 17: Peratus program pengajian yang membudayakan Revolusi Industri 4 (IR4) melalui pendidikan berasaskan inovasi.

Bagi PeL, KPI ini merujuk kepada TeCC yang mana PeL perlu mengisi pencapaian bagi setiap elemen TeCC di dalam Borang Online yang telah disediakan. Surat arahan dan Garis Panduan  bagi pelaksanaan KPI ini telah diedarkan ke semua Politeknik pada hari ini, 12 Feb 2018.

2) KPI 19: Peratus Pelaksanaan Pembelajaran Teradun dan Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital.

KPI ini adalah dibawah tanggungjawab PeL dan juga MARO. KPI 19 ini merangkumi 4 aspek seperti berikut:
  1. Blended Learning Index (BLX) - PeL
  2. Massive Open Online Course (MOOC) -PeL
  3. Bahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berbentuk Video/ Virtual Reality (VR)/  Augmented Reality (AR) Experience - MARO
  4. Video Pelaporan - MARO

Kesemua borang pencapaian yang perlu diisi oleh PeL dan MARO boleh dirujuk pada pautan ini https://goo.gl/RxfF5P. Manakala, Borang Pelaporan Pencapaian KPI PolyPMO Pembelajaran Teradun Dan Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital perlu diisi oleh Peg. PMO politeknik masing-masing.

Semoga PeL dapat menjayakan sasaran bagi KPI yang telah ditetapkan demi kecemerlangan Politeknik Malaysia. Selamat Maju Jaya.