Tuesday, 10 September 2019

SESI PITCHING TeCC BAGI PEROLEHAN TAHUN 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), sedang menguruskan perolehan peralatan bagi 3 jenis ruang pembelajaran TeCC kepada politeknik yang telah berjaya bagi Sesi Pitching 2018. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepada semua Politeknik yang terlibat seperti di Jadual 1.
Untuk makluman, bagi perolehan tahun 2020 JPPKK sekali lagi menawarkan perbekalan peralatan ruang pembelajaran TeCC kepada semua Politeknik Malaysia.

Politeknik yang berminat untuk memohon peralatan ruang pembelajaran TeCC, boleh berbuat demikian merujuk kepada ketetapan berikut:




2. Politeknik perlu mengemukakan permohonan melalui sistem permohonan dalam talian.

3. Proses pemilihan Politeknik yang berjaya adalah mengikut ‘pitching process’ 
termasuklah penilaian maklumat yang dikemukakan dalam sistem permohonan dalam talian, sesi temuduga dan peruntukan kewangan yang diperolehi BIPD pada tahun 2020.

4. Jenis TeCC yang ditawarkan: 2.0, 3.0 dan 4.0

5. Tarikh mula permohonan: 17.9.2019 (Selasa)

6. Tarikh tutup permohonan: 18.10.2019 (Jumaat)

7. Keputusan politeknik yang berjaya tersenarai untuk sesi temuduga akan dimaklumkan 
secara rasmi melalui laman web ini. 

Sekian, terima kasih
bp: Ghanim BIPD

Friday, 5 April 2019

KPI 2019 (KPI 17 & KPI 18) - PeL dan MARO


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dikongsikan bersama adalah lampiran slaid semasa Taklimat Penyelarasan KPI 2019 (kepada semua Penyelaras KPI Politeknikoleh Bahagian Instruksional & Pembelajaran Digital untuk rujukan semua Pegawai ePembelajaran Politeknik (PeL) dan Pegawai MARO. 



Secara ringkasnya , KPI 17 dan KPI 18 adalah dibawah tanggungjawab PeL dan MARO.


Utk makluman, pengisian pelaporan bagi KPI 2019 ini adalah melalui pautan berikut;

 KPI 17 & KPI 18

Moga sasaran bagi KPI yang telah ditetapkan ini dapat dicapai oleh semua politeknik.

Jika ada sebarang pertanyaan / persoalan bolehlah merujuk kepada Pemilik Proses di BIPD iaitu PnNurul atau EnGhanim. Selamat Maju Jaya!

Sekian, terima kasih :) 

Friday, 15 February 2019

Slaid Mesyuarat Inisiatif Pembelajaran Digital - 13 Februari 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan slaid semasa mesyuarat yang telah dilaksanakan di JPPKK pada 13 Februari 2019. 




Sekian, terima kasih.


Thursday, 3 January 2019

edited - eDOLA 2019

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Berikut dilampirkan ringkasan bagi pertandingan eDOLA 2019. 


Untuk makluman semua, bagi tahun 2019 ini diputuskan hanya 5 pertandingan yang akan dipertandingkan. 

Sekian terima kasih.

Wednesday, 28 November 2018

PEMENANG PERTANDINGAN eDOLA 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua Politeknik kerana menjayakan pertandingan CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA) bagi tahun 2018 yang telah dilaksanakan di BORA OMBAK, Putrajaya.



Berikut, disertakan butiran pemenang keseluruhan bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan.


Diharap pertandingan eDOLA pada tahun mendatang akan terus bersinar dengan usaha yang tidak berbelah bahagi daripada tuan/puan Pegawai e-Pembelajaran Politeknik dan Kolej Komuniti semua.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, 16 October 2018


ABAD 21:
TREND PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
 POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

Buku Abad 21: Trend Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang boleh diaplikasikan di dalam bilik kuliah. Bagi mencapai aspirasi pendidikan tinggi negara untuk membangunkan insan yang mempunyai kemahiran abad 21, seseorang pensyarah/pengajar perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi/androgogi (pembelajaran dan pengajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukan insan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang. Perkembangan pesat yang berlaku masa kini membawa bersamanya perubahan-perubahan dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik praktis bilik kuliah. Justeru, buku ini ditulis supaya ianya lebih berfokuskan kepada aspek penyampaian pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad 21.


Siti Noridah Ali
Nur Liyana Khalid Khan
Ahmad Taufiq Wafi Abd Ghani

Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik

Wednesday, 18 July 2018

Pendaftaran & Penghantaran Bahan Pertandingan Fasa 2 - eDOLA2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, sesi pendaftaran dan penghantaran bahan eDOLA Fasa 2  bermula pada 30hb Julai (sistem telah beroperasi bagi pendaftaran secara berperingkat) dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12hb Ogos 2018 dilaman sesawang http://edola.cidos.edu.my/ . 

Pertandingan yang terlibat bagi penghantaran bahan Fasa 2 adalah seperti berikut : 
i) The TVET eCOnvergence
ii) eMicro Content Competiton
iii) PoliTV Competition
iv) TeCC!nnovators

Dilampirkan juga infografik untuk rujukan semua seperti dibawah :


Sekian Terima Kasih

Tuesday, 17 July 2018

eDOLA2018 : I AM TVET - Digital Photography Competition

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan slaid dokumen pertandingan baharu yang dipertandingkan khas untuk warga Kolej Komuniti dan Politeknik Malaysia. 

Pertandingan ini diadakan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai maksud dan peranan TVET (Technical Vocational Education Training) dalam pembangunan negara. 

Setiap penyertaan adalah di WAJIBkan untuk mengisi BORANG PENDAFTARAN secara atas talian di pautan http://bit.do/iamtvet2018 . 

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 27 Ogos 2018.

Sebarang pertanyaan adalah melalui email : gentvetphotography@gmail.com






Sekian, terima kasih.

Tuesday, 10 July 2018

Slaid Kursus Audit LMS di PMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan slaid pembentangan dan garis panduan pemarkahan audit LMS bagi kursus Audit LMS yang telah dilaksanakan di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) pada 9 Julai 2018.








Sekian, terima kasih

Sunday, 15 April 2018

eDOLA 2018 Registration

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , dilampirkan Carta Alir bagi Pendaftaran eDOLA2018  untuk rujukan semua.

Untuk makluman, tarikh pendaftaran dan penghantaran bahan-bahan pertandingan Fasa 1 mula dibuka pada 15 APRIL 2018 di edola.cidos.edu.my sehingga 31 MEI 2018. 
All the best semua!


Sekian , terima kasih :)

Thursday, 12 April 2018

Tarikh-Tarikh Penting eDOLA2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , dilampirkan infografik berkaitan tarikh-tarikh penting bagi pertandingan eDOLA2018 untuk rujukan semua.
Untuk makluman, tarikh pendaftaran dan penghantaran bahan-bahan pertandingan Fasa 1 mula dibuka pada 15 APRIL 2018 di edola.cidos.edu.my sehingga 31 MEI 2018. All the best semua!

Sekian, terima kasih

Sunday, 25 March 2018

Pendaftaran & Penghantaran Bahan Pertandingan Fasa 1 - eDOLA2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, sesi pendaftaran dan penghantaran bahan eDOLA Fasa 1 akan bermula pada 15hb hingga 31hb Mei 2018 dilaman sesawang http://edola.cidos.edu.my/ . 
Pertandingan yang terlibat bagi penghantaran bahan Fasa 1 adalah seperti berikut : 

i) TVET Tunes
ii) Xperimental VR
iii) MOOC Master Competition

Dilampirkan juga rubrik pemarkahan untuk rujukan semua seperti di link berikut :


Sekian Terima Kasih

Thursday, 8 March 2018

Pitching Session for TeCC Room 2018.

Congratulations and Syabas to 8 Polytechnics that has been selected for Pitching Session. The selected Polytechnics are:

  1. PUO
  2. PSA
  3. POLISAS
  4. PMM
  5. PTSS
  6. PSP
  7. PSAS
  8. PIS


Pitching Session will be held at Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Putrajaya on 14 March 2018 (Wednesday) start from 9.00 am until 5.00 pm (depending on the progress). 

All the best to all the candidates.




Tuesday, 13 February 2018

Pembangunan MOOC 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pihak BIPD telah mengeluarkan satu Garis Panduan Pembangunan MOOC untuk Politeknik Malaysia 2018 sebagai rujukan semua pihak yang terlibat. Surat makluman berkaitan Garis Panduan ini telah dikeluarkan oleh BIPD beserta dengan borang cadangan kursus MOOC yang akan dibangunkan untuk tahun 2018. 


Sekian, Terima Kasih


Monday, 12 February 2018

KPI POLYPMO 2018 – PeL dan MARO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, Bahagian Dasar telah mengeluarkan Kamus KPI 2018 dan telah memberi penerangan berkaitan kesemua KPI tersebut kepada Peg. PMO semua politeknik. KPI yang melibatkan PeL adalah seperti berikut:

1) KPI 17: Peratus program pengajian yang membudayakan Revolusi Industri 4 (IR4) melalui pendidikan berasaskan inovasi.

Bagi PeL, KPI ini merujuk kepada TeCC yang mana PeL perlu mengisi pencapaian bagi setiap elemen TeCC di dalam Borang Online yang telah disediakan. Surat arahan dan Garis Panduan  bagi pelaksanaan KPI ini telah diedarkan ke semua Politeknik pada hari ini, 12 Feb 2018.

2) KPI 19: Peratus Pelaksanaan Pembelajaran Teradun dan Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital.

KPI ini adalah dibawah tanggungjawab PeL dan juga MARO. KPI 19 ini merangkumi 4 aspek seperti berikut:
  1. Blended Learning Index (BLX) - PeL
  2. Massive Open Online Course (MOOC) -PeL
  3. Bahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berbentuk Video/ Virtual Reality (VR)/  Augmented Reality (AR) Experience - MARO
  4. Video Pelaporan - MARO

Kesemua borang pencapaian yang perlu diisi oleh PeL dan MARO boleh dirujuk pada pautan ini https://goo.gl/RxfF5P. Manakala, Borang Pelaporan Pencapaian KPI PolyPMO Pembelajaran Teradun Dan Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital perlu diisi oleh Peg. PMO politeknik masing-masing.

Semoga PeL dapat menjayakan sasaran bagi KPI yang telah ditetapkan demi kecemerlangan Politeknik Malaysia. Selamat Maju Jaya.


Monday, 8 January 2018

PITCHING FOR TeCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di lampirkan bersama TIGA (3) perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh Pegawai e-Pembelajaran (PeL) seperti perkara berikut (klik pada tajuk berikut untuk muat turun dokumen):


i. Surat Perancangan Ruang Pembelajaran ‘Technology Enabled Collaborative Classroom’  Politeknik Malaysia 2018 - 2020

ii. Format Borang Permohonan TeCC 2018

iii. Contoh Permohonan TeCC 2018


Sekian, terima kasih.

Monday, 1 January 2018

Perkongsian - Minit Mesyuarat Pegawai e-Pembelajaran 2017


Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Dilampirkan Minit Mesyuarat Pegawai e-Pembelajaran 2017 (pada 29 & 30 November lalu).

Klik pada pautan di bawah untuk melihat maklumat yang disediakan.




Sekian Terima Kasih

Tuesday, 12 December 2017

GARIS PANDUAN BAGI PELAKSANAAN TeCC RATING SCORE (5 STAR RATING)

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Dilampirkan Garis Panduan Bagi Pelaksanaan TeCC Rating Score  seperti di dalam Mesyuarat Pegawai e-Pembelajaran yang berlangsung pada 29 & 30 November lalu.

Rubrik yang dilampirkan, akan dimurnikan dan diperbaiki pada awal tahun 2018 dan ianya menjadi rujukan utama setakat ini.

Klik pada pautan di bawah untuk melihat maklumat yang disediakan.



Sekian, terima kasih.

Wednesday, 6 December 2017

Konsep Ruang TeCC sebagai ‘Learning Spaces’


Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Dilampirkan bersama slaid berkenaan Ruag TeCC 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0 seperti di dalam Mesyuarat Pegawai e-Pembelajaran yang berlangsung pada 29 & 30 November lalu untuk rujukan bersama.

Sila klik pada pautan berikut untuk melihat maklumat yang disediakan;



Sekian, terima kasih

Sunday, 3 December 2017

Dokumen Pertandingan eDOLA2018 (Perubahan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan dokumen pertandingan eDOLA2018 terkini berdasarkan keputusan semasa mesyuarat pegawai e-pembelajaran bil 2/2017 pada 29-30 November 2017 yang lalu. Segala terma & syarat yang tiada perubahan adalah sama seperti dokumen pertandingan sebelum ini (2017).

Sila klik pada pautan berikut untuk melihat maklumat yang disediakan :

Sekian, terima kasih